KUIH-MUIH TRADISIONAL KAUM BRUNEI DI BEAUFORT, SABAH
Kuih-muih tradisional adalah kuih yang dihasilkan dengan menggunakan bahan tempatan yang mudah untuk didapati. Hasil kajian mendapati bahawa kepelbagaian kuih-muih tradisional di Beaufort Sabah adalah berasal dari etnik Brunei.
Gambar 1 : AmbuyatBagi masyarakat Brunei, ambuyat ini merupakan sajian utama selepas nasi. Hidangan ini diperbuat daripada sagu rumbia dan hidangan ini sangat terkenal di Negeri Sabah, Labuan, Brunei dan Sarawak. Cara untuk membuat ambuyat adalah masukkan air panas ke dalam tepung sagu tersebut dan kacau sehingga menjadi kenyal.
ADAT PERKAHWINAN MELAYU BRUNEI
1) MAJLIS BERBEDAK MANDI
Majlis berbedak mandi ini akan diadakan selepas majlis pertunangan. Majlis ini dibuat untuk keluarga terdekat sahaja dan majlis ini diadakan secara berasingan antara pengantin lelaki dan perempuan.
2) MAJLIS MEMINANG DAN BERTUNANG
Setelah mendapat persetujuan, wakil daripada pihak lelaki akan datang untuk meminang anak dara pilihan mereka. Seterusnya, ibu bapa pihak perempuan tidak akan memberi jawapan yang muktamad dan akan diberi masa untuk memberi jawapan supaya keputusan yang dibuat perlulah tepat serta tidak tergopoh-gapah. Selepas pinangan diterima, bakal pengantin akan melalui proses pertunangan. Majlis pertunangan ini hendak mengetahui bahawa anak dara tersebut telah dimiliki dan menjadi tunangan orang.
3) ADAT BERINAI
Majlis ini biasanya diadakan pada waktu malam sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Semasa majlis ini pengantin akan berdiri di atas katil dengan didahului pengangun. Selepas itu, pengantin akan disuruh untuk duduk di atas katil bagi sementara waktu sambil pengangun menunjukkan tapak tangannya dengan berhajat. Tindakan ini akan diikuti oleh pengantin lalu pengangun akan memegang tangan pengantin sambil membaca doa. Pengantin akan dibawa oleh untuk mengelilingi katil sebanyak 3 kali dan orang-orang tua keluarga pengantin akan mengambil giliran untuk menampal tangan pengantin dengan inai.
4) ADAT BASUH KAKI
Basuh kaki atau Buri Pu'o dalam bahasa Tutong merupakan adat resam iaitu kaki pengantin perempuan akan di tuangkan air. Pasangan pengantin perlu membuka kasut di kaki kanan masing-masing dengan meletakkan kaki di atas batu pengasah. Keluarga pengantin lelaki akan membasahkan kaki pengantin perempuan dengan diikuti memberi duit atau barang kemas sebagai hadiah. Pada waktu dahulu, kebiasaannya para jemputan akan memberi ternakan seperti kerbau.
PERHIASAN YANG DIPAKAI OLEH PENGANTIN MASYARAKAT MELAYU BRUNEI
PANTUN MASYARAKAT BRUNEI
Pantun Kasih Sayang
Dalam masyarakat Brunei tradisional, pantun kasih sayang lahir daripada emosi yang mengandungi perasaan cinta. Pantun ini membayangkan harapan dan pengalaman bagi pasangan yang dilamun cinta. Pantun ini mempunyai beberapa fasa atau peringkat. Sebagai contoh;
(a) Peringkat perkenalan atau usik-mengusik
Cabuk-cabuk batali rambai,
Sudah rambai batali purun,
Orang di tabuk kancang malambai,
Kalau sudi ke mari turun.
Ayam putih manuk siapa,
Mari bergantung di atas jambu,
Anak putih anak siapa,
Ditinguk mata tiada jemu.
Rangkap pertama merujuk kepada seseorang yang melambai dari tingkap, kalau sudi marilah datang atau turun (rumah kayu bertangga). Rangkap kedua lebih kepada pertanyaan iaitu anak yang cantik itu anak siapa, apabila dilihat mata tidak jemu. Pantun ini berunsur percintaan, tetapi digunakan untuk merisik atau meminang.
(b) Peringkat berkasih mesra atau jawapan kepada pertanyaan.
Gundatur di tapi rimba,
Anak kina pargi mancari,
Kalau betul hati adinda,
Minta tanda cincin di jari.
Pantun di atas merunjuk kepada seorang perempuan atau wakil pihak sedang memberi jawapan iaitu jika betul berkenan kepada si anak perempuan, berilah tanda cincin di jari sebagai tanda ikatan ke arah alam perkahwinan.
Pantun Jenaka
Pantun jenaka dalam masyarakat Brunei lazimnya mengandungi unsur jenaka atau humor yang boleh mencuit hati dan membangkitkan rasa ceria. Biasanya pantun jenaka dituturkan apabila dalam suasana bermain dan bergurau senda. Selain daripada unsur lucu atau lawak, isi pantun jenaka kadang-kadang mengandungi nada ejekan dan sindiran.
Tibadak nangka,
Baguring dari bukit,
Adik rangka,
Inda mau sedikit.
Giling-giling kucapi,
Babulu telinganya,
Di mana kaling mati,
Di ulu banuanya.
Maksud rangkap pertama ialah buah nangka yang sudah dijadikan kuih sangat sedap apatah lagi bergoreng dan di makan panas-panas, menyebabkan si adik menjadi rangka dan tidak mahu makan dalam jumlah yang sedikit. Rangkap kedua bermaksud di mana orang Hindu atau kaling meninggal, di benua juga tempatnya iaitu asal usul mereka.
Pantun ini tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup ataupun sudah mati, kerana pantun ini rekaan semata-mata untuk tujuan jenaka iaitu menghiburkan masyarakat sekeliling.
7
Tiada ulasan:
Catat Ulasan